Assalamualaikum..
Isu kehilangan seorang remaja yang berusia 16 tahun, Mohamad Izzat terungkai pada tengah malam semalam. Hal ini telah disahkan oleh pihak polis melalui maklumat orang ramai.
Kehilangan remaja tersebut kecoh dikatakan apabila misteri kehilangannya telah dilaporkan oleh ibunya kerana remaja tersebut tidak pulang kerumah selepas memasuki sebuah villla yang dikatakan 'berpuaka'. Mangsa, Mohamad Izzat dikatakan tidur dirumah rakannya di sebuah flat yang tidak jauh dari rumahnya kerana bimbang dimarahi oleh ibunya selepas menonton wayang. Misteri kehilangan mangsa telah menjadi topik hangat dan diuar-uarkan oleh pihak media. Kehilangan mangsa telah dimaklumkan oleh penghuni flat yang terkejut dengan berita kehilangan mangsa kepada pihak polis.
Akhbar semalam melaporkan bahawa misteri kehilangan seorang remaja setelah memasuki sebuah villa di Skudai, Johor. Sekumpulan remaja yang terdiri daripada 30 orang telah memasuki Villa Nabila dan dibahagikan kepada dua kumpulan yang berasingan sebelum salah seorang daripada mereka terlihat kelibat kanak-kanak seterusnya seorang daripada mereka diserang histeria. Misteri kehilangan remaja, Mohamad Izzat disedari keesokkan harinya selepas mangsa yang hilang tidak pulang kerumah.
Wednesday, November 20, 2013
Tuesday, November 19, 2013
Special Entry : Thank to Abang Hairy
Assalamualaikum..!
Mak Kiah, Mak Jemah, Mak Bedah, Mak Dara. Ni nak promote..! Smart tak orang bawah ni? Mesti nak buat menantu kan? Haha.
(smart tak? tak cam ke? nanti kita tengok gambar yang clear dan lagi smart dari yang ni)
Cair tak hati tengok? Ini lah Mohammad Zulhairy. Tak kenal ke? Ini lah blogger (http://www.hazwanhairy.com/) yang terkenal kat malaysia. Cerita berkenaannya pernah dipaparkan didalam sebuah akhbar tempatan. Tak percaya ke?
Sekarang dah percaya? Sungguh tertarik aku ingin menjadi sepertinya yang bersahaja, peramah, baik dan yang paling penting dirinya tak ubah seperti artis. Haha(maaf abang). Blognya memaparkan pelbagai isu-isu semasa, pelancongan, perniagaan, peribadi dan pelbagai lagi. Selain itu, beliau tidak pernah lokek dan kedekut dengan ilmu dalam 'berblogging'. Aku menerima pelbagai kritikan yang membina berkenaan blog aku ni. Thank Abang Hairy !
Bagi sesiapa yang nak berkunjung ke blognya sila layari http://www.hazwanhairy.com/ (promote habis-habisan). Pelbagai info yang menarik.
P/s : Sorry abang sebab curi gambar kat dalam Facebook. Haha. Siapa yang nak berkenalan. Sila ambil borang dikaunter pendaftaran.
T-SHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
Asslamualaikum, tengah-tengah 'menjenguk' blog Hazwan Hairy ni. Tetiba ada contest. Tetiba rasa nak try. Tetiba rasa nak tulis. Jom la kawan-kawan. Kita join contest ni. Hadiah pun agak menarik minat Incik Afief(kalau tak menarik minat tak join la der). Mudah sangat nak join ni. Hanya dihujung jari dan mouse yang diperlukan. Contest ni bermula 13 November 2013 - 30 November 2013. Jom la meh pakat join ! Dop rugi-rugi eh.
ASSALAMUALAIKUM
Simple saja kan..
HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi
Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING
Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..
ASSALAMUALAIKUM
Dengan ini saya Hazwan hairy ingin melancarkan satu lagi contest di penghujung tahun 2013 ni kepada korang blogger dan followers blog hazwanhairy.com ni.. Untuk GA ni saya di wakilkan oleh pihak Tshirt Printing IH untuk menganjurkan Tshirt Printing Ih Giveaway by Hazwan Hairy yang akan bermula dari 13/11/2013 sehingga 30/11/2013
SYARAT-SYARAT
1. Anda mestilah FOLLOWERS blog ini
2. LIKE page penaja :
2. LIKE page penaja :
3. Tajuk : TSHIRT PRINTING IH GIVEAWAY BY HAZWAN HAIRY
4. Copy Paste kod dalam entry korang
4. Copy Paste kod dalam entry korang
5. Link kan entry anda pada post entry ini..
Simple saja kan..
HADIAH :
1 helai baju I Love Blogging
2 helai baju Geek
2 Fridge Magnet Krabi
5 Keychain Krabi
Pemenang akan di pilih melalui Random.org
Senarai peserta akan di list untuk korang BLOGWALKING
Dengan harapan korang semua dapat support GA simple dari Tshirt Printing IH dan juga saya blogger Hazwan Hairy..
Villa Nabila hangat diperkatakan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Tajuk kali ni? Blog dah berhabuk. Bagi aku ni bukan setakat berhabuk. Ni dan kira 'berpuaka'. Last update 5 June 2013? Sekarang dan November. Bermacam-macam story-morry ada boleh tulis. Tapi disebabkan MALAS tu la jadi 'berpuaka' aku punya blog(Follower tak ramai sebab tu malas). Macam sekarang ni tengah hangat dan menyengat filem Highland Tower. Opsss ! Tak nak cerita banyak-banyak sebab tak tengok lagi. Kat Facebook dan Twitter hangat dengan cerita ni.
Kadang-kadang cemburu jugak dengan negeri-negeri lain. Pawagam bersepah-sepah. Kat Terengganu? Hanya ada satu pawagam je. Tu pun jauh dipelusuk negeri, Kemaman. Wah-wah ! Kau ingat Kemaman dengan Kuala Terengganu tu setengah jam? Mahu 3 jam baru sampai. Kalau nak pergi mesti melalui Marang, Dungun dan baru sampai Kemaman. Oh My God, Oh My English, Oh Mak Kau, Oh Mai Gelak. Amik Kau ! Semua 'OH' aku bagi. Hahaha.
Lupakan pasal Kemaman. Bukan Kemaman aku ingin bercerita. Topik hangat pada surat khabar hari ini berkenaan VILLA NABILA yang terletak di Skudai, Johor. Ceritanya agak seram sejuk sehinggakan rambutku berdiri tegak(dah macam Alleycats). Cerita ini dikatakan sekumpulan remaja seramai 30 orang telah memasuki kediaman yang ditinggalkan lama oleh pemilik sejak berkurun lagi. Pada zaman dahulu, villa tersebut dihuni oleh sebuah keluarga dan mempunyai seorang yang bernama Nabila. Setelah kematian bapanya, ibu tiri telah cemburu pada anak tirinya, Nabila. Nabila telah dibunuh oleh ibu tirinya dan ditanam pada dinding rumah tersebut sebelum melarikan diri dengan harta kekayaan suaminya.
Sekumpulan remaja tersebut telah memasuki rumah tersebut pada waktu tengah malam sekitar 12.00 tengah malam dan bergerak dalam dua kumpulan yang berasingan. Satu kumpulan tersebut memasuki ruang tamu dan satu kumpulan lagi memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang villa. Salah seorang kumpulan yang memasuki ruang tamu telah terlihat kelibat anak kecil sebelum salah seorang dari ahli kumpulan tersebut diserang histeria. Sekumpulan remaja tersebut membawa rakannya yang diserang histeria dan membawa ke masjid yang berdekatan sebelum diubati oleh salah seorang jemaah masjid yang dikenali sebagai Ustaz.
Sekumpulan remaja tersebut telah pulang rumah masing-masing sebelum menyedari pada keesokkan harinya bahawa salah seorang rakan mereka tidak pulang kerumah semenjak semalam. Usaha mencari rakannya yang dikenali sebagai Mohammad Izzat Izzuddin, 16 telah dipergiat oleh pihak polis dan penduduk setempat sehingga kini.
P/s : Nak tulis pun rasa meremang apatah lagi nak masuk dalam Villa Nabila tu.

Subscribe to:
Posts (Atom)