Wednesday, May 22, 2013

perbandingan guru dengan jururawat

Assalamualaikum w.b.t pembuka segala bicara..

Sebelum tu Incik Afief ingin memohon kerana sudah terlalu lama tidak 'mengupdate' blog ini kerana kemalasan bercampuran dengan kesibukan yang dialami..entri terakhir pun pada 2 Oktober 2012  dan sekarang pada 22 May 2013..hampir tujuh bulan Incik Afief tidak kemaskini blog ini.

Tajuk di atas pun sudah pasti anda semua ingin tahu..apakah yang ingin diutarakan oleh Incik Afief..kali ini Incik Afief ingin membuat perbandingan yang Incik Afief lihat dengan mata sepet Incik Afief sendiri..

Sebelum bercerita lebih lanjut..Incik Afief ingin memohon maaf kepada semua guru-guru yang mengajar Incik Afief dari tadika hingga ke tahap yang tertinggi..bukan kerana Incik Afief tidak menghargai jasa dan pengobanan mereka..tetapi ingin meluahkan segala apa yang terbuku oleh seorang manusia yang bergelar JURURAWAT..

Tahukan anda..siapa yang membantu anda ketika ibu anda sedang bergelut untuk melahirkan seorang insan yang bernyawa? Pasti jawapan tersebut anda telah mengetahui kan..simpan sahaja jawapan anda..kerana disebalik jawapan anda terdapat beberapa lagi tugasan mereka..

Nurse..! ayah saya nak berak dikala ingin rehat selepas penat berjalan..
Nurse..! mak saya nak kencing dikala ingin menyuapkan makanan ke mulut..
Nurse..! anak saya nak mengelupur sakit dikala ingin pulang ke rumah..

Tugas jururawat bukan terhenti disitu sahaja..malah tugas mereka bersambung lagi dengan tugasan mereka sebagai isteri, tugasan mereka sebagai ibu dan tugasan mereka sebagai anak..anda pernah terpikirkah semua ini? Tidak bukan..
Tugasan mereka bukan sahaja tidak mendapat perhatian masyarakat..namun oleh kerajaan pusat..buktikan? yesss..saya boleh buktikan..

Tugasan Jururawat
-Setiap hari tetapi dalam seminggu harus ada cuti sekurang-kurangnya satu hari
-mengikut shift (pagi/petang/malam)
-gaji di takat lama..

Tugasan Guru
-5 hari seminggu (2hari cuti dalam seminggu)
-shift pagi atau petang..
-gaji masih naik..

Baik..saya akan hurai satu persatu dengan apa yang telah saya katakan..tidak dinafikan tugasan kedua-dua profession bukan terhenti situ..malah bersambung dirumah
(Dari segi masa)
Jururawat bekerja mengkut shift..kadang kala masa untuk bersama keluarga tidak ada..malah mereka tidak pernah merungut..
Contoh : Jururawat yang bekerja malam..masa untuk bersama anak sangat singkat..ini dapat dibuktikan..
7.00 pagi - 2.00 petang (anak ke sekolah)
2.00 petang - 8.00 malam (anak bersama keluarga)
8.00 malam - 8.00 pagi (jururawat ke tempt kerja)
8.00 pagi - 2.00 petang (anak tiada di rumah)
2.00 petang (baru dapat berjumpa semula dengan anak)
Jelas disini jururawat hanya berjumpa dengan anak mereka hanya 6 jam sahaja..sedangkan guru..anda kira laa brapa banyak masa mereka bersama keluarga..

(Dari segi gaji)
Imbuhan guru lebih banyak daripada jururawat..nak membangkang?saya boleh buktikan..
Contoh : imbuhan guru naik sebanyak 2 kali malah ade ketika 3 kali dalam setahun..
Awal tahun (imbuhan guru sahaja yang dapat atas pengobanan mereka)
Pertengahan (imbuhan seluruh kakitangan kerajaan dapat termasuk guru sempena raya)
Akhir tahun (bonus separuh gaji seluruh kakitangan kerajaan termasuk guru)
Jelas disini imbuhan guru lebih banyak daripada kakitangan kerajaan lain..malahan gaji mereka lagi banyak daripada kakitangan kerajaan lain..betulkan apa yang saya katakan?

Dengan ini saya tabik hormat di antara tabik hormat yang ada kepada DOKTOR / JURURAWAT / PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN / BIDAN / JURURAWAT MASYARAKAT kerana anda adalah barisan pertama yang melihat saya sebelum guru..jelas saya ingin menyampaikan disini..jasa mereka semua ketika permulaan kita dilahirkan mereka yang mencurahkan pengobanan mereka namun tidak mendapat perhatian daripada semua masyarakat tentang pengobanan mereka sepertimana penghargaan kepada guru..

Hari guru diuar-uarkan di dada akhbar, di stesen televisyen..tapi hari Jururawat? ada yang tidak tahu..
Mereka tidak mendapat hadiah daripada bayi yang pernah mereka sambut..mereka tidak pernah diucapakan Selamat Hari Jururawat..kalau adapun hanya daripada kalangan keluarga mereka yang berkerja di dalam bidang ini..Hari guru anak-anak sibuk mencari hadiah..sibuk dengan segala persembahan..saya bukan ingin menyatakan supaya anda turut berbuat sedemikan kepada Jururawat...tetapi cukuplah sekadar menghormatinya..

Pernah saya terlihat dihadapan saya..baju jurawat yang putih telah terkena najis pesakit..pernah disimbah air oleh pesakit..pernah dimaki oleh pesakit..pernah memarahi mereka dihadapan pesakit lain dan berbagai lagi peristiwa yang amat menyentuh hati..namun jururawat tetap bersabar kerana mereka melayan pesakit yang sedang sakit dan mempunyai pelbagai kerenah..CUKUPLAH SEKADAR HORMAT..itu sahaja permintaan mereka..merekan juga manusia biasa..

Dikesempatan ini, Incik Afief Nordin mengucapkan SELAMAT HARI JURURAWAT kepada BONDA yang disayangi..

Nama : Hanim binti Hasran
Jawatan : Jururawat U32
Hospital : Hospial Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu
Jabatan : Obstetric & Gynecology
Pengalaman : 20 tahun sebagai Jururawat U29 dan 6 tahun sebagai Jururawat U32 (Ketua Jururawat)

Kepada Mak Long(sebelah ayah), Mak Adik(sebelah ayah), Maheran bt Abd Razak(kawan mak), Indon bt Su(kawan punya mak). Mak Munirah(kawan punya mak) dan semua Jururawat, SELAMAT HARI JURURAWAT..Oh..tidak dilupakan kepada pelatih jururawat yang sangat berusaha untuk menjadi Jururawat yang terbaik Fairyra Najwa(senior sekolah Incik Afief dulu) dan Misze Hanie Athirah(rakan sekelas dan rakan rapat Incik Afief)..anda berdua amat disanjung oleh Incik Afief..

Kepada Mak Andak, Mak Lang, Mak Su dan semua sepupu, Raffiey Saat(kawan Facebook) dan seluruh PEGAWAI PERUBATAN, PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN, PPK dan sebagainya yang bekerja dalam Bahagian Perubatan..anda juga disanjung kerana kerja anda dalam satu bumbung..Tahniah..

Dan buat semua yang berada di seluruh dunia secara am nya dan Malaysia secara khusunya..Selamat Hari Jururawat..tanpa anda, ibu kami tidak dapat melahirkan kami didunia ini..maaf jika terdapat nama yanng tidak disebutkan..mungkin terlepas pandang daripada saya Incik Afief..Harap Maaf..!!

truthly,
Incik Afief


**UPDATE**
Setelah beberapa hari entri nie di post..ramai yang bertanya kepada Incik Afief dengan pelbagai persoalan yang agak mengelirukan..antaranya yang pernah ditanya oleh pembaca seperti :

1-Bilakah hari jururawat sebenarnya, saya tidak tahu pun ada hari jururawat?
--> lihat..sampai hari jururawat pun tidak tahu..nampak sangat tidak 'take note' dengan pekerjaan ini..sebenarnya hari jururawat pada 12 MEI setiap tahu iaitu sebelum hari guru yang jatuh pada 16 MEI setiap tahun..bukan itu sahaja..hari jururawat juga bukan hanya disambut di Malaysia pada tarikh tersebut..malah diseluruh pelusuk dunia sama di Afghanistan, Afrika, London, Rusia, Paris dan seluruh celah-celah yang ada jururawat..kan senang jawapan tu kan..hehe..tapi hari guru hanya disambut di Malaysia sahaja..jadi kesimpulannya..hari jururawat lebih gah kerana ia melibatkan seluruh dunia..

2-Kenapa Incik Afief nak membandingkan dengan guru? Kenapa tidak pekerjaan lain?
--> sebelum tu Incik Afief ingin memohon maaf kepada guru-guru di Malaysia..sebenarnya..Incik Afief sendiri dengar daripada jururawat di Malaysia..dan lebih kurang 10 orang memberi jawapan yang sama iaitu guru-guru di Malaysia apabila masuk ke hospital kerap dan sering memaki jururawat..ini bukan sahaja di dengar sendiri oleh Incik Afief, malah Incik Afief sendiri telah melihat dengan mata Incik Afief dengan sikap kurang berperikemanusiaan yang ditunjukkan oleh guru..guru menendang jururawat? apa anda rasa? fikirkanlah..bukti? memang Incik Afief tiada bukti namun Allah menyaksikan segala kejadian..ini dinamakan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga..peribahasa itu sesuai..perasaan Incik Afief terhadap guru bukan terhenti disitu sahaja..Incik Afief pernah juga melihat adik yang berusia yang 7 tahun yang kurang memahami sesuatu pelajaran bertanya kepada guru..tahukah anda apa jawapan guru tersebut? "kau ni memang bodoh..aku ulang hampir 10 kali tak faham-faham..patutlah selalu kelas belakang..mak bapak kau tak ajar ke kat rumah?" itu apa yang diperkatakan oleh guru..guru sebagai pendidik? itukah guru dinamakan mendidik? dengan cara memaki hamun? wowww..tahniah..memang tidak dinafikan..bukan semua guru bersikap sedemikian..namun apabila selalu Incik Afief melihat sikap sedemikian oleh guru membuat perasaan hormat kepada guru terhakis..malah Pedana Menteri, Peguam, Doktor dan sebagainya merupakan hasil didikan oleh guru..itu Incik Afief tidak nafikan..

3-Tekanan kerja guru juga banyak lah..kelas tambahan hari sabtu lagi..kokurikulum murid-murid lagi..jadi guru juga secara purata bekerja setiap hari..
--> maaf..Incik Afief tidak melihat semua tu sebagai tekanan..jika begitu jururawat juga lagi banyak tekanan..nak tahu? fail rekod kemasukan pesakit..fail harta kerajaan..fail harta modal..fail kesihatan pesakit..itu semua dilakukan oleh jururawat..anda kata fail tersebut sedikit? salah sama sekali..terlalu banyak..purata kemasukan pesakit dalam sebulan hampir 1200 orang..kalau setahun? darablah berbanding disekolah yang hanya mempunyai purata murid 2000 orang setahun dan dari tahun ke tahun ada murid yang sama jadi hanya kemaskini maklumat murid yang sedia ada..di hospital pula pesakit adalah berlainan setiap tahun..kalau ade yang sama pun hanya kemaskini sedikit sahaja..itu belum masuk fail pekerja lagi..belum masuk perubahan penyakit yang dihadapi oleh pesakit..belum masuk arlegi dengan ubat yang beribu-ribu jenis..belum masuk dengan maki hamun pesakit lagi..belum masuk dengan mesin-mesin yang perlu dipelajari kerana mesin berbeza-beza..belum masuk dengan risiko jururawat untuk bertanggungjawab terhadap pesakit yang mungkin kehilangan nyawa(hospital juga ada badan khas bagi menyisasat kematian pesakit)..belum masuk dengan penat lelah berjalan melayan kerenah pesakit..belum masuk dengan tanggungjawab sebagai isteri, ibu lagi..fikirkanlah..!!

No comments: