Assalamualaikum w.b.t , Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia
Hai kepada follower dan semua yang ternanti-nanti entri terbaru daripada Incik Afief (yang tak ternanti-nanti tak apa la). Apa khabar semua? Sihat tak? Kalau sakit jumpa doktor dan makan ubat ye..
Entri kali ini agak sentimental sikit..kalau asyik entri yang enjoy dan dalam dunia sendiri pun jemu juga kan..betul tak? hehe..jadikan entri kali ini sebagai pedoman dan menghargai..Incik Afief bukan nak jadi alim atau pura-pura bai..tapi dalam jiwa seorang manusia pasti akan ada perasaan sedih dan naluri seorang berperikemanusiaan serta belas kasihan.
Incik Afief terpanggil untuk membuat entri ini selepas membaca status dan pengalaman hidup yang dilalui oleh seorang rakan yang amat memeritkan..sejujurnya air mata Incik Afief hampir menyembah ke bumi selepas membaca pengalaman hidupnya.
Terlebih dahulu Incik Afief ingin memohon maaf secara terbuka dan tertutup kepada kawan facebook Incik Afief kerana terpaksa 'crop' status anda untuk membuat entri ini..Incik Afief juga ingin memohon maaf disebabkan peristiwa hari itu.
Kita pasti mempunyai barang yang kita sayang atau seseorang yang kita sayang..betul tak? Mari baca apa yang telah Incik Afief 'crop' daripada seorang rakan Incik Afief..
mungkin ini tidak memberi kesan kepada anda? tak mengapalah..kita baca yang bawah pula..
pasti anda tertanya-tanya bukan? Incik Afief juga tertanya-tanya mengapa kawan Incik Afief 'post' status sedemikian..tak mengapa..kita baca lagi dibawah..
pelik? tiada yang pelik didunia ini..
Gurauan di facebook dibolehkan..namun selepas kesilapan yang Incik Afief sendiri lakukan..Incik Afief berhati-hati dengan gurauan yang ingin dilontarkan..ini kerana Incik Afief tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama..(gurauan tersebut telah dipadam sebelum terhasilnya entri ini)
(time ni Incik Afief terkejut dan tergamam..cepat-cepat Incik Afief buka profile dia dan 'scroll' kebawah)
Incik Afief sangat menyesal dengan gurauan Incik Afief sehingga membuatkan seseorang tersentuh dan terasa hati..namun apa boleh buat..benda dah lepas..Incik Afief sangat menyentuh hati apabila membaca pengalaman hidupnya..kadang-kadang tertanya bagaimana perjalanan hidupnya sedemikian..Incik Afief fikir mungkin perjalanan hidupnya hanya terdapat di dalam drama-drama melayu..namun didunia yang nyata juga terdapat..Maafkan saya sahabat..
tidak nampak? sekejap..Incik Afief besarkan..
apa perasaan kita? sejujurnya Incik Afief sangat sedih atas kehilangan orang yang dia sayang..disamping itu Incik Afief sangat terharu dengan pengalaman hidupnya yang tidak pernah putus asa..semangatnya masih segar dan tidak pudar..Tabik Hormat !
Namun yang paling mendukacitakan pada Incik Afief apabila 'scroll' kebawah dan terjumpa status ini..
Dalam kita meraikan Hari Ibu..namun terdapat insan yang sedih ketika kita menyambut hari itu..kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu..hargailah mereka sebelum terlambat..seminggu sebelum Incik Afief membuat entri ini..Incik Afief terbaca dalam sebuah akbar mengatakan 'Ibu Mati selepas koma 9 hari dipukul Anak'..alangkah terkejutnya Incik Afief..mengapa mereka diciptakan didunia bagi menyakiti ibunya..alangkah lebih baik daripada kandungan lagi mereka mati.
Namun dia masih mengucapkan Hari Ibu kepada Ibu-Ibu di dunia ini..
Al-fatihah kepada Tok Haji(1996) dan Tok Hajah(2001) disebelah Ibu..Al-fatihah kepada Tok Ki(2013) disebalah Ayah..Al-fatihah juga diucapkan kepada mereka yang telah tiada..
This entry dedicated to :
1) Mantera Anjasmoro yang telah kehilangan Ibu, Bapa dan Dua Orang Kakak
2) Asmida Yanti yang telah kehilangan Bapa
3) Nur Idzleen yang telah kehilagan Bapa
4) Wan Anis yang telah kehilangan Bapa
5) Izzah Mahirah yang telah kehilangan Bapa
truthly,
Incik Afief
No comments:
Post a Comment