Tuesday, November 19, 2013

Villa Nabila hangat diperkatakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tajuk kali ni? Blog dah berhabuk. Bagi aku ni bukan setakat berhabuk. Ni dan kira 'berpuaka'. Last update 5 June 2013? Sekarang dan November. Bermacam-macam story-morry ada boleh tulis. Tapi disebabkan MALAS tu la jadi 'berpuaka' aku punya blog(Follower tak ramai sebab tu malas). Macam sekarang ni tengah hangat dan menyengat filem Highland Tower. Opsss ! Tak nak cerita banyak-banyak sebab tak tengok lagi. Kat Facebook dan Twitter hangat dengan cerita ni.

Kadang-kadang cemburu jugak dengan negeri-negeri lain. Pawagam bersepah-sepah. Kat Terengganu? Hanya ada satu pawagam je. Tu pun jauh dipelusuk negeri, Kemaman. Wah-wah ! Kau ingat Kemaman dengan Kuala Terengganu tu setengah jam? Mahu 3 jam baru sampai. Kalau nak pergi mesti melalui Marang, Dungun dan baru sampai Kemaman. Oh My God, Oh My English, Oh Mak Kau, Oh Mai Gelak. Amik Kau ! Semua 'OH' aku bagi. Hahaha.

Lupakan pasal Kemaman. Bukan Kemaman aku ingin bercerita. Topik hangat pada surat khabar hari ini berkenaan VILLA NABILA yang terletak di Skudai, Johor. Ceritanya agak seram sejuk sehinggakan rambutku berdiri tegak(dah macam Alleycats). Cerita ini dikatakan sekumpulan remaja seramai 30 orang telah memasuki kediaman yang ditinggalkan lama oleh pemilik sejak berkurun lagi. Pada zaman dahulu, villa tersebut dihuni oleh sebuah keluarga dan mempunyai seorang yang bernama Nabila. Setelah kematian bapanya, ibu tiri telah cemburu pada anak tirinya, Nabila. Nabila telah dibunuh oleh ibu tirinya dan ditanam pada dinding rumah tersebut sebelum melarikan diri dengan harta kekayaan suaminya.

Sekumpulan remaja tersebut telah memasuki rumah tersebut pada waktu tengah malam sekitar 12.00 tengah malam dan bergerak dalam dua kumpulan yang berasingan. Satu kumpulan tersebut memasuki ruang tamu dan satu kumpulan lagi memasuki rumah tersebut melalui pintu belakang villa. Salah seorang kumpulan yang memasuki ruang tamu telah terlihat kelibat anak kecil sebelum salah seorang dari ahli kumpulan tersebut diserang histeria. Sekumpulan remaja tersebut membawa rakannya yang diserang histeria dan membawa ke masjid yang berdekatan sebelum diubati oleh salah seorang jemaah masjid yang dikenali sebagai Ustaz.

Sekumpulan remaja tersebut telah pulang rumah masing-masing sebelum menyedari pada keesokkan harinya bahawa salah seorang rakan mereka tidak pulang kerumah semenjak semalam. Usaha mencari rakannya yang dikenali sebagai Mohammad Izzat Izzuddin, 16 telah dipergiat oleh pihak polis dan penduduk setempat sehingga kini.


P/s : Nak tulis pun rasa meremang apatah lagi nak masuk dalam Villa Nabila tu.

2 comments:

hazwan hairy said...

last2 jumpa dkt lain..haha...

afief nordin said...

hahaha..kan..ntah pape jer..yg kelakar..berita kehilangan remaja dgn bnde2 mistik..prcaya habis-habisan lak tu..